Nama penulis : Wan Mohd Al Hafiz bin Wan Mustapa
Emel : cendekiawanalhafiz@gmail.com
credit goes to: cendekiawanalhafiz.blogspot.com
بسم الله الرØمن الرØيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Adalah menjadi tanggungjawab
seorang hafiz untuk mengulang bacaan mereka setiap hari. Tanpa
pengulangan ayat-ayat al-Quran, hafazan akan lupa secara beransur-ansur
sekalipun seseorang itu mempunyai ingatan yang kuat.
Dalam mengulang-ulang hafazan yang telah lama diperolehi, Abu Najihat al-hafiz (2001:77-78) telah memberi beberapa peringatan kepada seorang penghafaz al-Quran:
A. Untuk lebih mendisplinkan masa dalam melaksanakan pengulangan, sebaiknya seorang hafiz mempunyai keyakinan bahawa memelihara dan menjaga hafazan adalah suatu kewajipan istimewa yang ada hubungan secara langsung dengan Allah s.w.t.
B. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seorang hafiz sekiranya dia mempunyai semangat bermusim
dalam mengulangkaji hafazan. Janganlah sekali-kali mengulang satu kali
khatam dalam satu hari ketika rajin kemudian dalam masa yang lama
seperti tiga atau empat minggu tidak melakukan pengulangan kerana
dilanda perasaan malas. Kebiasaan sebagaimana di atas dapat menjejaskan
hafazan dan boleh jadi lambat laun akan lupa hafazannya kerana
diselimuti perasaan malas yang berterusan.
C. Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan hanya akan menambah perasaan malas pada hari yang berikutnya. Hal ini sebenarnya merupakan pembawaan nafsu malas itu sendiri yang mengajak kepada menangguh-nangguhkan tugasan dari satu masa ke masa yang berikutnya. Untuk mengelakkan kemalasan ini, usaha pengulangan hendaklah dijadikan kewajipan khas setiap hari pada satu masa yang telah ditentukan sebagaimana ketentuan waktu di dalam solat lima waktu.
C. Kebiasaan menunda dan menangguhkan pengulangan hanya akan menambah perasaan malas pada hari yang berikutnya. Hal ini sebenarnya merupakan pembawaan nafsu malas itu sendiri yang mengajak kepada menangguh-nangguhkan tugasan dari satu masa ke masa yang berikutnya. Untuk mengelakkan kemalasan ini, usaha pengulangan hendaklah dijadikan kewajipan khas setiap hari pada satu masa yang telah ditentukan sebagaimana ketentuan waktu di dalam solat lima waktu.
Tiga
perkara di atas adalah sangat penting untuk diambil berat oleh golongan
huffaz yang ingin berjaya dengan cemerlang dan mendapatkan syafaatnya
pada hari kiamat kelak.
Kaedah Mengekalkan Hafazan (Muraja'ah/I'adah)
Pengekalan hafazan (Muraja'ah/I'adah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran, adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya dia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya.
Kaedah Mengekalkan Hafazan (Muraja'ah/I'adah)
Pengekalan hafazan (Muraja'ah/I'adah) merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Bagi seorang hafiz al-Quran, adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya dia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya.
Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dipraktikan mengekalkan hafazan iaitu:
A. Bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz.
A. Bergaul dengan mereka yang telah menjadi hafiz.
Kebiasaannya
pada suatu tahap tertentu akan timbul rasa jemu dan malas untuk
mengulangkaji hafazan walaupun pada awalnya semangat tersebut amat
berkobar-kobar. Di sinilah fungsinya bergaul dengan orang-orang yang
sedang atau sudah menghafaz al-Quran. Ia dapat membantu seseorang itu
untuk konsisten dalam mengulang-ulang ayat-ayat al-Quran kerana wujudnya
semangat persaingan untuk berlumba-lumba membacanya. Selain itu, mereka
turut berperanan sebagai pemberi motivasi kepada seseorang yang mula
malas dan lesu untuk mengulang hafazan.
B. Mendengar bacaan hafiz al-Quran.
B. Mendengar bacaan hafiz al-Quran.
Mendengar
bacaan dari seorang hafiz al-Quran dapat memberi semangat kepada
seseorang yang ingin mengekalkan hafazannya. Hal ini boleh dilakukan
dengan mendengar kaset-kaset rakaman, radio ataupun cakera padat
al-Quran. Sekiranya ingin memperolehi manfaat yang lebih banyak,
seseorang hafiz itu boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yang
diperdengarkan dengan memerhatikan hukum-hukum tajwidnya,
ghunnah-ghunnahnya serta alunan irama bacaannya.
C. Mengulang hafazan bersama orang lain.
C. Mengulang hafazan bersama orang lain.
Cara
ini merupakan cara popular yang digunakan oleh para ulama zaman dahulu
untuk mengingati ilmu yang telah mereka pelajari. Begitu juga bagi
seorang hafiz yang melakukannya secara konsisten, hafazan al-Quran lebih
mudah dikekalkan. Malah pada masa yang sama, ketika berlaku
ketidaklancaran pada bacaan salah seorang antara mereka, rakannya dapat
membetulkan bacaan tersebut.
D. Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat.
D. Selalu membaca ayat yang dihafaz di dalam solat.
Seringkali
membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan
memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat
itu sendiri memerlukan konsentrasi dan keseriusan dalam melaksanakan
ibadat tersebut. Maka seorang hafiz perlulah membuat pengulangan bacaan
yang intensif dan melapangkan waktu yang agak panjang. Walaupun
demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat langsung kesalahan
seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa
membacanya di dalam solat. Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin,
lama-kelamaan akan terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci
al-Quran yang amat lancar.
E. Menyertai Musabaqah ‘Hifz al-Quran’.
E. Menyertai Musabaqah ‘Hifz al-Quran’.
Dengan
mengikuti pertandingan seumpama ini menyebabkan seseorang itu mendapat
motivasi untuk mengulang hafazannya secara berulangkali. Ini kerana
pertandingan tersebut dianggap satu suasana ujian yang amat genting.
Melalui pertandingan yang disertai ini, penghafaz bukan sahaja dapat
menguji kemampuannya dalam menghafaz ayat al-Quran malah turut
memperolehi pengalaman yang berharga apabila dapat bertukar-tukar ilmu
dan buah fikiran dengan peserta daripada daerah dan negeri lain.
PENYELIDIK-PENYELIDIK:
USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAH
PROF. MADYA AJMAIN BIN SAFAR
USTAZ MOHD ISMAIL BIN MUSTARI
USTAZ AZHAR BIN MUHAMMAD
USTAZ IDRIS BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2003